Saturday, May 10, 2008

Mereka telah memilih Islam...

Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidakmungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar". (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml )


Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)

Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam... (Rujukan:
http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)


Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)

Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara." (Rujukan: http://www.idristawfiq.com)


Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, "Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John)." (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)


Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)

Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.".... Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage to Mecca' dan 'One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan. (Rujukan: http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)

Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)

Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. (Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)


Mereka telah memilih Islam setelah mengkaji al-Quran. Bagaimana dengan kita semua yang sudah Islam? Adakah kita mengkaji dan membuat rujukan dengannya? Renung-renungkan....

Tuesday, April 29, 2008

Muhammad Al-Fateh

MUHAMMAD al-Fateh dilahirkan pada 1432 Masihi di Andrianapolis, berdekatan sempadan Turki-Bulgaria. Beliau menaiki takhta pemerintahan pada usia 19 tahun dan menjadi khalifah ketujuh empayar Uthmaniyah. Beliau memerintah selama 30 tahun sebelum meninggal dunia akibat diracun musuh.

Beliau yang mendapat pendidikan agama daripada Syeikh Syamsudin al-Wali adalah seorang yang sangat pintar, malah berkebolehan dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.


Sewaktu berusia 12 tahun, beliau dilantik bapanya sebagai pemimpin di Pulau Magnesia, sekali gus mendidiknya dalam bidang pemerintahan negara.

Panglima tentera unggul melatih beliau dalam bidang taktikal peperangan, ilmu memanah dan bermain pedang serta menunggang kuda.

Sejak menjadi khalifah empayar Uthmaniyah, beliau membuat kajian terhadap kota Konstantinopel pada setiap malam selama dua tahun.

"Saya mesti mengenal titik kelemahan pihak pemerintah Konstantinopel sebelum menyerang mereka. Di samping itu, saya juga harus mempelajari lokasi yang sesuai untuk pertahanan pasukan tentera saya jika berlaku serang balas daripada pihak musuh."

Beliau juga menilai punca sebenar kegagalan tentera Islam sebelum ini untuk menembusi pertahanan kota terbabit. Pada setiap masa beliau memanggil semua panglima tentera untuk berbincang mengenai strategi terbaik bagi menawan kota itu yang menjadi kebanggaan Byzantium.

"Saya perintahkan supaya pasukan tentera membina peralatan artileri yang dapat membantu dalam serangan menakluk kota Konstantinopel nanti," katanya.

Meriam gangsa besar yang dapat meledakkan 300 kilogram bom sejaruh 1.6 kilometer dibina oleh tentera Islam di samping menara bergerak yang lebih tinggi daripada kubu kota Konstantinopel sehingga mampu memuatkan beratus-ratus tentera.

"Wahai rakyat dan tentera saya, kerja membina kubu Rumeli Hissari ini bukan tanggungjawab kalian saja tetapi tanggungjawab beta juga," katanya yang kemudian membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir untuk membina kubu yang terletak lima kilometer dari kota terbabit.

Pada awal April 1453, seramai 150,000 tentera Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fateh bersiap sedia dengan segala kelengkapan bagi menyerang kubu kota terbabit.

"Laungkan azan dan solat berjemaah," kata beliau kepada tenteranya sebaik mendekati kubu kota Konstantinopel.

Sebelum itu beliau mengarahkan seorang utusan menemui raja Byzantium supaya menyerah diri dan memberikan kota itu kepada orang Islam secara aman dengan jaminan keselamatan ke atas semua pihak.

Tawaran itu ditolak raja terbabit kerana berpendapat kota Konstantinopel lebih kebal daripada serangan tentera Islam. Disebabkan itu, kota Konstantinopel dihujani dengan peluru meriam selama 48 hari sehingga dinding luar kubu terbabit rosak teruk, tinggal lagi dinding tengah yang masih utuh.

Kemudian Muhammad al-Fateh berkata kepada tenteranya: "Tolak menara bergerak kita menuju ke dinding tengah kubu kota Konstantinopel untuk memecahkannya."

Melihat menara gergasi menghampiri dinding tengah membuatkan tentera Byzantium terkejut. Menara itu dapat menembusi dinding tengah kubu terbabit. Pertahanan kubu kota terbabit semakin lemah, menyebabkan raja Byzantium meminta bantuan Pope Rom.

Selepas utusan raja Byzantium menghadapnya, Pope Rom berkata: "Kami menghantar lima armada yang lengkap dengan senjata dan tentera untuk membantu Byzantium yang diserang Muhammad al-Fateh."

Raja Byzantium gembira mendengar khabar itu, namun kegembiraannya cuma sebentar saja dan berganti duka sebaik melihat 80 kapal empayar Uthmaniyah di Selat Bospohurus yang akan menghalang armada bantuan Pope Rom.

Kemudian raja Byzantium memerintahkan tenteranya: "Rentangkan rantai besi di perairan Teluk Golden Horn untuk menghalang kemaraan armada empayar Uthmaniyah ke arah kota kita."

Taktik itu ternyata menjadi, menyebabkan armada empayar Uthmaniyah hilang semangat untuk menentang musuh, sehingga mewujudkan keadaan yang kelam-kabut, malah khabar angin kekalahan tentera Islam makin tersebar.

Dalam pada itu, Muhammad al-Fateh menerima surat sokongan moral daripada seorang alim, Aksemseddin. Selepas membaca surat itu, Muhammad al-Fateh berkata kepada panglimanya: "Perintahkan tentera kita membawa armada yang berlabuh di Dolmabache ke Teluk Golden Horn dengan menggunakan lembu dan tenaga manusia."

Esoknya, tentera Byzantium terkejut melihat 70 kapal diangkut oleh ratusan lembu dibantu ribuan tentera menggunakan tali dan kayu menuruni lereng bukit teluk terbabit. Pada waktu petang semua kapal berada di perairan Teluk Golden Horn.

Kapal empayar Uthmaniyah membedil armada Byzantium dan bantuan Pope Rom, semuanya hangus terbakar. Seterusnya dibedil dinding kota Konstantinopel sebelum dikepung bagi menghalang sebarang bantuan dari pihak luar.

"Panjat tembok kubu dalam dengan tangga tali dan tangan untuk masuk ke pusat kota. Gunakan lastik gergasi untuk merobohkan dindingnya supaya kita boleh masuk ke dalam," kata Muhammad al-Fateh.

Hassan Ulubate bersama 30 tentera Islam berjaya memasuki ke dalam pusat kota terbabit, lalu memacak bendera Islam, tetapi mereka gugur kerana dihujani anak panah tentera Byzantium.

Melihat saat genting itu, Muhammad al-Fateh tampil meniupkan semangat tenteranya dengan menceritakan keberanian tentera Nabi Muhammad dalam perang Uhud. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki Muhammad al-Fateh.

Beliau menukarkan nama Konstantinopel kepada Islambol yang membawa maksud Islam keseluruhan. Tetapi ketika pemerintahan Kamal Attartuk, Islambol ditukar kepada Istanbul. Gereja besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sophia.

Monday, April 28, 2008

World's youngest college Profesor

Armed with prodigious wisdom, Sabur told TODAY’s Ann Curry on Wednesday that knowledge is power — especially when sharing it.

“I really enjoy teaching,” said Sabur. “It’s something where you can make a difference. It’s not just what you can do, but you can enable a lot of other people to make their changes.”

Sabur, from Northport, N.Y., has clearly been ahead of the learning curve since an early age.

She started talking and reading when she was just 8 months old. She had elementary school finished at age 5.

She made the jump to college at age 10. And by age 14, Sabur was earning a bachelor’s of science degree in applied mathematics summa cum laude from Stony Brook University — the youngest female in U.S. history to do so.

Her education continued at Drexel University, where she earned an M.S. and a Ph.D. in materials science and engineering.

With an unlimited future ahead of her, Sabur directed her first career choice to teaching. She was three days short of her 19th birthday in February when she was hired to become a professor at Konkuk University in Seoul, Korea.

This distinction made her the youngest college professor in history, according to the Guinness Book of World Records, beating the previous record held by Colin Maclaurin in 1717.

Maclaurin was a student of physicist Isaac Newton. Sabur said she is merely gravitating toward putting what she has learned to good use.

“I really feel I can help a lot of people,” she said.

At Konkuk University, Sabur said she will take part in classroom instruction, but will also focus on research into developing nanotubes for use as cellular probes that could help aid in cures for diseases.

Although she doesn’t start until next month, Sabur has taken up teaching math and physics courses at Southern University in New Orleans, which is still struggling from the devastation left in Hurricane Katrina’s wake in 2005.

“Some people come and they do Habitat for Humanity and they build houses, but I don’t think I would be very good,” she said. “So I tried to do what I’m good at. I was particularly interested in this university because they are still in trailers after Hurricane Katrina. And I thought it could be something I do to help.”

In New Orleans, Sabur is old enough to teach, but not to join her fellow professors in a bar after work. In Korea, where the drinking age is 20, she might have more luck. In traditional Korean culture, children are considered to be 1 year old when they are born, and add a year to their age every New Year instead of their actual birthday, so in Korea Sabur is considered 20.

Varied interests
On top of her unprecedented academic achievements, Sabur has a black belt in the Korean martial art of tae kwon do and is also a music prodigy. She has been playing clarinet with orchestras since her solo debut at age 11, playing with recording artists Lang Lang and Smash Mouth.

“You can reach a lot of people with music,” Sabur told Curry. “It’s never been really a hobby to me. It’s always been on equal par with my academics.”

So is there anything Sabur can’t do?

Well, apparently she struggles with basketball and with long writing and admits to sometimes being absentminded.

In fact, sometimes she forgets just how special she really is.

“Well, I know that what I’ve done is special and I think about it,” she said. “But sometimes I forget, because I’m used to it and I don’t think about it all the time. Actually, sometimes it takes other people to remind me a little bit.”

Tuesday, April 22, 2008

Haa..tu lar,lain kali jgn pandai-pandai nak scan surat orang..kan dah kena

Banduan Yang Pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie,
menulis surat ke anaknya yang ada
dipenjara Nusa
Kambangan karena dituduh terlibat GAM
(Gerakan Aceh Merdeka).
Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah
tua, sekarang sedang musim tanam
jagung, dan kamu
ditahan di penjara pula, siapa yang mau
bantu bapak mencangkul kebun jagung
ini?"
Eh, anaknya membalas surat itu beberapa
minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan
cangkul itu
kebun, saya tanam senjata di sana,"
kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah
tahanan, maka keesokan harinya setelah
si bapak
terima surat, datang satu peleton
tentara dari kota Medan.
Tanpa banyak bicara mereka segera ke
kebun jagung dan sibuk seharian
mencangkul tanah di
kebun tersebut. Setelah mereka pergi,
kembali si bapak tulis surat ke anaknya.
"Hasan, setelah bapak terima suratmu,
datang satu peleton tentara mencari
senjata di kebun
jagung kita, namun tanpa hasil. Apa
yang harus bapak lakukan sekarang?"
Si anak kembali membalas surat
tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam
jagung aja, kan udah
dicangkul sama tentara, dan jangan lupa
ngucapin terima kasih sama mereka."
Pihak rumah tahanan yang menyensor
surat ini langsung pingsan.

Saturday, April 19, 2008

The Great Caliph...

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz


Namanya Umar bin Abdul Aziz bin Marwan, khalifah Bani Umaiyah, gelarannya Abu Hafs dan dianggap sebagai Khalifah Ar-rashidin kelima sesudah Saiyidina Ali.
Beliau dilahirkan di Mesir di sebuah kampung yang bernama Hulwan pada tahun 61H (dalam satu riwayat yang lain tahun 63H), ketika ayahnya bertugas menjadi penguasa di tempat tersebut. Ibunya ialah Ummu A sim binti A sim ;cucu Saiyidina Umar Al- Khattab.

ISYARAT KEROHANIAN MENGENAI KEPEMIMPINANNYA

Imam Tarmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahwa khalifah Umar Al-Khattab berkata :
"Dari kalangan zuriatku akan ada seorang lelaki ;berparut di wajahnya.
Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan." Ternyata isyarat in terjadi kepada Sayidina Umar bin Abdul Aziz, sewaktu kecil beliau
telah dilukai seekor binatang tepat di dahinya.
Bapaknya menyapu darah yang mengalir di kepalanya lantas berkata, "Kalau engkau lah lelaki berparut di dahi yang diisyaratkan itu, niscaya engkaulah orang yang bahagia."

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir.
Di zaman pemerintahan Khalifah Al- Walid
beliau dilantik menjadi gubernur Madinah dan pada tahun 99H beliau resmi menjadi khalifah sesudah wafatnya Khalifah Sulaiman bin Abd, Malik.

CIRI-CIRI TAJDIDNYA DAN SUASANA DI ZAMANNYA

Di zaman itu imperium Islam makin meluas, kerajaan banyak mengutus misi-misi
ketentaraan untuk membuka negara Afrika, Khurasan dan lain-lain.
Mayoritas umat Islam adalah baik karena mereka masih berada dalam lingkungan tiga
kurun yang dijanjikan, namun Bani Umaiyah yang memerintah waktu itu memang
terkenal dengan kehidupan mereka yang bermewah-mewah dan banyak melanggar
perintah Allah.

Sistem kekhalifahan Bani Umaiyah mengikuti budaya para raja (monarki) dimana sistem itu bertentangan dengan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mengamalkan sistem Syura. Karena itulah Khalifah Umar bin Abdul Aziz
mengembalikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Khulafaur Rasyidin.
Pada hari pelantikannya Sayidina Umar bin Abdul Aziz naik ke atas mimbar masjid Umawi di Damsyik lalu mengistiharkan peletakan jabatannya dan tidak akan memerintah melainkan jika dilantik secara syura.
Ketika beliau turun dari mimbar, orang banyak membaiahnya dan melantiknya sekali lagi menjadi khalifah berdasarkan sistem syura.

MENEGAKKAN KEADILAN

Beliau menegakkan keadilan di dalam pemerintahannya.
Penguasa-penguasa yang zalim dipecat dan digantikan dengan orang yang lebih layak untuk memperbaiki keadaan masyarakat.
Yahya Al-Ghassani menceritakan :

Seorang gubernur menulis surat kepada beliau :

Wahai amirul mukminin, negeri kami ini telah rusak, alangkah baiknya jika tuan memberi jalan untuk memulihkan negeri kami.
Khalifah Umar menjawab surat itu dengan berkata, Apabila engkau membaca suratku ini hendaklah engkau memagari negerimu dengan keadilan dan bersihkanlah jalan-jalannya
dari kezaliman.
Sesungguhnya itulah pemulihannya, wassalam.......

SANGAT MEMBELA KESEJAHTERAAN RAKYAT

Beliau sangat memperhatikan kesejahteraan rakyatnya sehingga mereka merasa
tercukupi segala keperluannya.
Pernah terjadi di zamannya seorang lelaki
membawa harta yang begitu besar jumlahnya kemudian ingin membagikan kepada
yang memerlukan, namun tidak ada seorang pun yang datang untuk mengambil harta itu karena mereka telah tercukupi keperluannya.

Sebelum menjadi khalifah Saiyidina Umar bin Abdul Aziz adalah orang yang hidup mewah dari harta yang halal.
Namun begitu dilantik menjadi khalifah
segala harta bendanya diserahkan kepada baitul mal, beliau begitu serius
menjalankan amanah Allah hingga tidak ada waktu lagi untuk hal-hal lain.
Isterinya meriwayatkan bahwa setiap kali beliau pulang ke rumah malam hari,
beliau akan duduk di tempat sembahyang menangis dan berdoa hingga tertidur.
Apabila beliau terjaga beliau menangis dan berdoa lagi dan begitulah seterusnya hingga subuh.

KEBERKATAN PIMPINANNYA

Malik bin Dinar (seorang ulama salaf yang terkenal) menceritakan bahwa ketika Umar bin Abdul Aziz naik menjadi khalifah para penggembala kambing di lembah dan kampung menjadi tertanya-tanya, ÒSiapakah gerangan lelaki soleh yang menjadi khalifah ini? Keadilannya menahan srigala dari menerkam
kambing-kambing kamiÓ.

Pernah terjadi di zamannya Panglima Qutaibah bin Muslim ditugaskan memimpin
misi membuka kota Samarkand yang masih Nasrani pada waktu itu.
Qutaibah telah melaksanakan tugasnya dengan langsung menyerang Samarkand tanpa memberi tiga pilihan (masuk Islam, membayar jizyah atau perang) terlebih dahulu kepada penduduknya.
Pendeta-pendeta Samarkand tidak puas hati lalu mengutus surat melaporkan hal itu kepada khalifah Umar dan menuntut Qutaibah
beserta tentaranya keluar dari Samarkand, karena mereka menaklukkannya tanpa mengikuti syariat.
Khalifah mengakui perkara itu lantas mengarahkan agar tentaranya keluar dari Samarkand tanpa syarat.
Tentara-tentara beliau pun patuh dan masyarakat Samarkand yang menyaksikan hal itu begitu terkesan dengan keadilan Islam hingga mereka beramai-ramai mengucapkan 2 kalimah syahadat.
Dengan berkat kepemimpinannya juga zamannya merupakan zaman keemasan umat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah.

KEDUDUKANNYA DI SISI PARA ULAMA

Umar bin Abdul Aziz bukan saja seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Allah
bahkan beliau juga seorang ulama yang ulung di zamannya.
Disebutkan bahwa para alim ulama di zamannya hanyalah bertaraf murid-muridnya.
Setiap malam beliau akan berkumpul dengan ahli-ahli fiqih untuk bermuzakarah.

Beliau wafat tahun 101H dalam usia 39 tahun, pemerintahannya yang penuh berkat itu hanya berlangsung 2 tahun.
Ketika wafatnya khalifah, Musa bin AÕyun berkata, Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz kambing kami digembala bersama-sama dengan serigala.
Namun pada satu malam seekor serigala telah menerkam kambing kami.
Tidak lain pasti lelaki soleh ini
(Umar bin Abdul Aziz) telah wafat.
Dan memang mereka mendapatkan beliau wafat pada malam tersebut

The Tale Of Two Warriors....

Salahuddin Al-Ayubi And Richard 'The Lion Hearth'

Saladin was born in 1137 to an eminent Kurdish family. His father, Najm ad-Din, was the commander of the castle of Takreet on the Tigris River in Iraq. Even from a young age Saladin was known for his intelligence, manners, modesty, generosity and piety.

Richard Plantagenet, born in 1157, was the second son of King Henry II and Eleanor of Aquitaine. He was recklessly brave, loud, and ruthless. Reston openly discusses Richard’s anti-Semitism and homosexuality. In fact, on the day of Richard’s coronation, Jewish elders who brought gifts for the new monarch were barred from entering the palace, then stripped, whipped and thrown into the street. Later that night, a rowdy mob burned down the Jewish quarter of London. The next day, the King was without any sympathy for the Jewish victims but he did hang a few arsonists who had burned nearby Christian houses. Reston writes that soon Richard’s rank anti-Semitism grew into overt sadism. For Richard, “a good joke was to extract the teeth of Jews in a lingering process,” writes Reston.

When Saladin was declared King of Syria and Egypt at the age of thirty-eight in 1175, the whole Muslim world was living in the shadow of the humiliating defeat of the first Crusade. The reason for the Muslim defeat was internal sectarian warfare and petty squabbling. As a result of their follies, even the sacred city of Jerusalem was taken over by the invaders. When Christian forces captured the Holy City in 1099, the Crusaders “massacred every living creature that was not of their own kind.” Reston writes that ten thousand were killed at Masjid Al Aqsa alone. Some of the dead bodies were ripped opened because it was rumored that Muslims were swallowing gold in desperation. They even burned down a synagogue, with many Jews still inside. The Crusaders danced around the pyre singing the popular Christian hymn of the time, Te Deum.

Muslim hopes were, however, revived by the recapture of Edessa in Iraq and the unification of Muslim Syria and Mesopotamia and Egypt by Saladin’s predecessor Nur ad-Din. Jerusalem, however, remained elusive until Saladin emerged as Sultan, when he made it his primary goal to recapture the city from the Crusaders.

“When God gave me the land of Egypt, I was sure that he meant Palestine for me as well,” Saladin is reported to have said. Saladin wrested Jerusalem from Christian hands in 1187. In marked difference from the Crusaders, Saladin’s triumphant entry into the third holiest city of Islam was very peaceful. He explicitly forbade reprisals and insisted that the city revert to its former status - open to worshippers of all three faiths. Saladin calmed down the hot heads of his camp - who were demanding the destruction of the Church of the Holy Sepulcher. “The Church of the Holy Sepulcher was not to be touched,” he declared.

After his entry into Jerusalem, the church was closed for only three days, after which the Christians were permitted to enter for a small fee. He cleansed and restored the Dome of Rock and the Masjid al-Aqsa, which had been converted into a stable for the horses of the Templar order of Christian knights. He also released thousands of Christian prisoners.

Reston asserts that Saladin’s actions define what it meant to be a good Muslim. “By his amnesties and various charities toward his enemies he secured forever his reputation for gentility and wisdom,” writes Reston.

An era of peace followed the Muslim recapture of Jerusalem until Reginald of Chatillon, Lord of el Kerak (an impregnable fortress on the caravan route between Mecca and Egypt) broke a treaty that required both sides to allow the caravans to pass peacefully. Reginald seized one lavishly laden caravan and took Saladin’s sister hostage. Infuriated by this breach of treaty, Saladin attacked and defeated Reginald at the famous Battle of Hattin. Subsequently he uprooted Christian bases one by one.

Alarmed by their diminishing power in the Holy Land, Christendom united to wage a war against Saladin to “liberate” Jerusalem. This time their leader was Richard “The Lion-hearted”.

Keindahan Islam

....Begitulah islam turun kepada manusia mengubah masyarakat arab yang "Jahiliah"- bodoh dan tidak bertamadun kepada bangsa yang menguasai 2/3 dunia.Arab bukan mulia dengan arab tetapi arab telah di angkat kemuliaan mereka dengan Islam.Rasulullah saw di utuskan bukan untuk mengajar membuat bangunan, mencari makan, bukan untuk memperbaiki ekonomi, bukan untuk mencerap langit yang berjuta bintang, bukan untuk memperbaiki teori sains dan kimia apalagi perubatan dan pertanian, tetapi Rasulullah saw itu diutuskan untuk membawa manusia menunjukkan jalan kearah cara hidup bertuhankan hanya kepada Allah swt...